Bayi sendiri diperlakukan bagaikan sampah apabila seorang gadis berusia 19 tahun tergamak mencampak bayi yang baru dilahirkan ke dalam longkang dari tingkat dua Flat Taman Selayang Segar 2, Selayang Baru di sini semalam.
Mayat bayi perempuan malang itu ditemui oleh seorang lelaki pada pukul 7 pagi yang kebetulan melalui kawasan itu.
Ibu bayi itu yang mendakwa panik sebaik melahirkan anak di dalam tandas bertindak mencampak bayinya ke dalam longkang menerusi tingkap.
Ketika ditemui, bayi yang dalam keadaan bogel dan mempunyai kesan cedera di kepala itu berada dalam keadaan tertiarap di dalam longkang berkenaan.
Bayi yang cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan kerana masih mempunyai tali pusat.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, susulan penemuan mayat bayi dalam keadaan menyayat hati itu, polis menahan seorang gadis berusia 19 tahun yang tinggal di flat tersebut.
Menurut beliau, gadis itu belum berkahwin dan polis mengesyaki dia mengandung angkara hubungan sulit dengan teman lelakinya.
“Suspek yang bekerja sebagai pelayan restoran itu mengaku melahirkan bayi berkenaan di dalam tandas rumahnya pada pukul 4 pagi ini (semalam).
“Suspek mendakwa ketika dilahirkan, bayi terbabit sudah tidak bernyawa menyebabkan dia membuang anaknya itu ke dalam longkang,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Labels: berita
← OLDER POSTS | HOME | NEWER POSTS →
the blogger
Name: shahana
Residing in: seremban
School: entire seremban ecehhhwahh haha
Birthday: 28/9 & 5/11 haha suka hati aku ja!
Status: single?im sing...ohh no! im not!totally not!
for him: im trust you!
shahana just leave your link, i'll visit yours. im not a perfect person, but im who i'm, saya tak suka membaca tapi suka mengira, susah nao nak baca nak faham nak mengingat lagi leceh. malas nak fikir, otak tepu, pemalas ya rabbi. apa nak jadi tak tahu lah, suruh belajar memain, huhahuha tak habis-habis.sengonok suka kena denda!! ~tarik nafas jap~
Hei Heii hamboii! tu citer tahun dulu-dulu bebudak alahai alolo haii! umo dah angka 2 kat depan, kena baca gak walau taknak baca pun, tahun 2013 i need to strunggle-leling nak cool kan pointer again. one sem to let go & one sem to go. bezakan? :))
about my site
althanote.blogspot.com has been my official personal blogging site since february 2011. I normally don't change my URL names so easy for me to remember and easy to you to find. why im here? because you haha bukan lah ~eh tuka bahasa plak asyik guna om puteh je lalala~ sebab saya nak sharing-sharing, saya suka bercerita, ~hahaha mesti sape yang kenal den goli dengar haha~
Short Simple blog's name. "altha" stands for one character in KCB that is "Anna Althafunnisa", why I choose? because she's humble & intelligent person, I love to be like her, but I just can be the real me. So "note" is what you have read here is tottally sicerely from my own fingers and this place is my social diary or online diary or so whatever. please feel free & bruise your eye and read!haha ok.
ok blog ni dimanja-manjakan dengan skin blog dari website blogskin.com, widget-widget pula dari entire Mr.Google, selalunya saya tukar blogskin ambil masa one day, eh tak de lar sampai 24hours, lebih kurang la. yang memerlukan ketangkasan dan kecekapan dan kesabaran hati gue bila nak tukar code-code dalam dia, ha ngoti baca code jadi la dia tak ngoti baca code jadah jadi nye haha tak ngitu jemah! :D