[close]
Secret Inside Between Two Hearts


Rezeki photographer ? / 0 comments (+)
assalammualikum,
Gambar hiasan
Ramai sekarang ni yang dah ade kamera sendiri kan?tak kisah la kamera digital or mybe DSLR? pape je janji kamera,but now untuk photographer mestilah kamera-kamera yang canggih kan?sampai saya pun jelez kott tengok haha.ok lah setiap apa yang kita nak buat mestilah besertakan dengan niat ?kan?kita jadi photographer niat kita untuk tolong orang ambik picture dyorang semua kan?then niat kita untuk dapat rezeki,then mengharapkan rezeki itu diberkati oleh Allah,semestinya la kan,.tapi perasan tak kita?hasil rezeki yang kita dapat itu,betul ke halal?kita bukan sape-sape nak mempertikaikan rezeki orang itu halal or tak,tapi kita share something yang kita sure melalui sumber yang betul.kita nak tolong ,kita nak share dengan orang tuk memperbetulkan kesilapan yang asalnya kita pun ada buat juga,dimana nanti diakhirat kelak kita tak menyesal..setuju?now jom kita baca soalan-soalan yang mybe menjawab persoalan anda & anda semua ..

Assalamualaikum..Saya membuat perkerjaan menjadi jurugambar perkahwinan separuh masa. Dalam proses itu ada terdapat pengantin perempuan yang tidak memakai tudung serta mendedahkan aurat semasa proses bersolek oleh mak andam. Pengantin berkehendakkan saya mengambil gambar gambarnya disolek oleh mak andam. Kemudian selepas pengantin siap bersolek, dia akan memakai tudung penuh dan menutup aurat untuk upacara akad nikahnya dan perkahwinannya.


1) bolehkah saya mengambil gambar pengantin perempuan yang sedang disolekkan yang tidak menutup rambut kerana ia diminta oleh pengantin perempuan?
JAWAPAN : harus hukumnya, tapi hukumnya bergantung kepada objek fotografi atau objek yang di ambil oleh jurugambar itu. Jika gambar yang diambil adalah gambar bogel, maka ketika itu hukum fotografi adalah haram. Begitu juga gambar perempuan yang membuka auratnya. Hukum yang kedua, hukum melihat aurat perempuan tanpa keperluan yang darurat (seperti perubatan bagi seorang doktor), maka hukumnya adalah haram. Maka hukum anda mengambil gambar-gambar perempuan yang mendedahkan aurat adalah haram hukumnya. Permintaan pelanggan bukanlah alasan untuk mengharuskan yang haram.

2) Apakah rezeki yang saya terima dari mengambil gambar pengantin sedang disolekkan ini halal?
JAWAPAN : Tidak halal. Ini kerana mengikut kaedah fiqh, “Al hukum bil wasilah hukmu bil maqosyid” (hukum bagi wasilah adalah hukum dari maksud), ia datang dari kaedah fiqih, “Ma haruma isti’maaluh, haruma ittikhaazuh” (yang haram penggunaannya, haram pula memperolehinya) (Muhamamd al-Zarqa’, syarah qawaid/389).


3) Bagaimana pula dengan hasil rezeki gambar-gambar pengantin perempuan yang menutup aurat penuh? Adakah rezeki yang diterima itu halal?
JAWAPAN : Halal. Ia kembali kepada hukum asal fotografi adalah harus dan harus pula rezeki dari foto-foto yang halal.

4) Bolehkan saya menolak jumlah wang gambar pengantin perempuan yang tidak menutup aurat ini daripada keseluruhan wang hasil gambar perkahwinannya? Maknanya saya hanya memakan hasil gambar yang diambil pengantin wanita yang menutup aurat sahaja (memberikan hasil ini sebagai rezeki keluarga) dan hasil gambar yang tidak menutup aurat saya tidak memakannya (iaitu menggunakan hasil itu dengan membeli kamera/filem baru).
JAWAPAN :Amalan spt ini sebenarnya tidak pernah dilakukan oleh orang Islam sebelum ini khususnya di zaman salafus-soleh. Mereka berpegang teguh dgn hadis Asy-Syarif, hadis no.6 dalam Matn arba’een anNawawiyah (Matan hadis 40 Imam Nawawi) dari Nu’man bin Bashir yang dikeluarkan oleh Dua Sahih Bukhari-Muslim, “Sesungguhnya yang Halal itu jelas, yang haram itu jelas dan di antara keduanya banyak perkara syubahah (samar-samar) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.” Maksudnya jika kita melakukan begitu, cuba membuat perakaunan (accounting) ini dari sumber halal dan ini dari sumber haram, ini kerana kita takut accounting itu tidak tepat dan masih ada yang syubahah. Lagipun dalam tubuh orang Islam itu tidak berhimpun sifat halal dan haram serta syubahah. Dia hanya mengutamakan halal bayyin dalam semua urusan hidupnya. Dalilnya: “Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya.” (Quran 33:04). Maksud ayat ini, orang Islam dia hanya ada satu buah hati, ada satu pilihan, hanya memilih yang halal sahaja dan menjauhi syubahah apatah lagi yang haram dalam urusan hidupnya.


<kata hati>:tak kisah la kamera apa pun yang kita guna,pastikan dijalan & yang dibenarkan Allah,


" sayang sayang sekalian ,islam kita mudah,tapi jangan ambil mudah tentang islam,kita wajib mencari yang halal "
- sekadar berkongsi ilmu -
Dijawab oleh  :Dr. Yusof Al-Qaradhawi<Facebook :>

Labels:



← OLDER POSTS | HOME | NEWER POSTS →

Greeting
Thank you for dropping by.Hello! I'm shahana. A folk Malay girl that still learning to be an excellent human sampai ke Tua kerepot. Likes blogging,bernyanyi sumbeng diam diam, berangan and errr facebooking?? very much.kita tak sign up facebook la hihi just here & twider saja. " There's Only One (SA) that I miss love & fight with "
Twitter Room

Tagboard
" The sound come from Inside " Guitar to Ukulele, ukulele was a given from my Mr. Pulse that had been with me for a several years that is about 4 to 5 years. This is one of my valuable gift that I love & I miss the bracelet more.


Instagram